Sunday, January 25, 2009

muqadimah

Alhamdulillah bersyukur ana kepada ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya ana dapat membuat blog untuk berkongsi ilmu yang ana dapat untuk sahabat-sahabat yang melayari blog ini. Ana juga bersyukur kerana diberi nikmat iman,islam,dan ihsan dalam kehidupan ini. Ana rasa sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keadaan yang mana tiada cacat, cukup semua anggota badan untuk melaksanaan suruhan ALLAH S.W.T tanpa sebarang alasan dan rungutan.

Pada mulanya ana rasa buat blog ini sesuatu yang membuang masa tapi apabila difikirkan balik ianya sangat berfaedah untuk ana dalam menjalankan tugasan dakwah kepada masyarakat melalui internet memandangkan sekarang zaman moden ini ramai yang celik it dan banyak maklumat yang dapat dicari. Jadi tidaklah hairan sekarang ini masyarakat sudah maju dengan it tetapi yang menjadi masalah sekarang adakah mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat yang baik atau sebagai tempat mereka mencari bahan-bahan yang tidak berfaedah,atau sebagai medan untuk mengutuk orang,atau menjual maruah diri???.. Jesteru, ana sebagai umat islam yang bukan hanya tertulis pada kad pengenalan tetapi islam yang tersemat di dalam diri ini menyeru agar sahabat-sahabat seperjuangan marilah kita sama-sama menjadikan internet ini sebagai medan dakwah utuk kita berdakwah kepada masyarakat terutama sekali golongan remaja yang mana sekarang ini mereka hanyut dengan hiburan, maksiat sehinggakan mereka ini tidak berguna untuk agama,dan Negara.

Dalam blog ini ana menggunakan tema “PEMUDA ISLAM” kerana ana hendak pemuda-pemuda(syabab) islam khusus diMalaysia bangkit untuk menegakkan kalimah لاإله إلا الله bukanya membuang masa dan terlibat dengan gejala-gejala yang simpang dalam islam. Ana juga hendak memberi kesedaran kepada golongan pemuda ini bahawa mereka ini sangat berguna kepada agama, Negara dalam meneruskan perjuangan dalam mengakkan kebenaran kerana kekuatan pemuda ini sangat kuat berbanding golongan lain.

Akhir sekali ana harap pembaca blog ini dapat sama-sama kita berkongsi maklumat dan kalau ada salah dan silap ana sedia menerima teguran. insyaALLAH…..الله أعلم..

No comments:

Post a Comment