Thursday, November 26, 2009

SOKONGAN DARIPADA SMM KEPADA GMS

salam perjuangan..

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU YURAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)

Dalam usaha membangunkan idealisme anak muda dan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga tidak pernah terkecuali daripada perjuangan bagi menyuarakan soal kebajikan mahasiswa dan anak muda. SMM akan sentiasa memperjuangkan kebajikan mahasiswa lebih-lebih lagi soal kebajikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Justeru SMM mengeluarkan kenyataan ini bagi menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang memperjuangkan keluhan dan rasa tidak puas hati mahasiswa KUIS akibat daripada kenaikan harga yuran yang begitu membebankan. SMM dengan ini berpendirian dengan tegas bahawa isu ini hendaklah diambil serius oleh pihak pentadbiran universiti dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab.


SMM juga berpendirian bahawa kenaikan yuran yang dikenakan kepada mahasiswa sangat membebankan. Kenaikan lebih 50% daripada harga asal dilihat sebagai keputusan yang zalim oleh pihak KUIS tanpa menghiraukan soal kebajikan pelajar. SMM juga mengecam sekerasnya kenyataan pihak pentadbiran KUIS melalui Pegawai Eksekutif Pemasarannya, Raja Nor Ashikin Raja Ramli, yang dianggap seolah-olah mahu melepaskan tanggungjawab terhadap isu ini. SMM berpendirian bahawa pihak KUIS seharusnya bertanggungjawab kepada mahasiswa dan bukannya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam soal harga yuran. Tindakan ini dilihat sebagai menafikan peranan mahasiswa dalam universiti. Pihak pentadbiran juga seharusnya mengadakan perbincangan dengan wakil mahasiswa sebelum kenaikan yuran dan bukannya selepas bantahan oleh mahasiswa akibat kenaikan harga yuran yang sangat membebankan.


Oleh yang demikian, SMM mengambil keputusan tegas untuk membantu Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) bagi memperjuangkan isu ini sehingga selesai. SMM juga mahu isu ini dipandang serius oleh semua pihak yang bertanggungjawab khususnya pihak pentadbiran KUIS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). SMM juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak termasuk Dato’ Haji Mohamad Adzib b. Mohd Isa selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada minggu hadapan bagi membincangkan masalah ini kerana KUIS adalah salah sebuah anak syarikat MAIS. Harapannya agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera sekaligus membela kebajikan mahasiswa KUIS.



Hilman Idham

Wakil Kepimpinan Front,

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Wednesday, November 25, 2009

Pandangan Untuk PAS



Salam perjuangan….
Hari demi hari aku berfikir tentang Parti Islam se-Malaysia(PAS) sedih bila aku mendengar masalah demi masalah yang dihadapi oleh PAS sekarang sejak menang besar pada PRU 12. Namun itulah perjuangan yang sebenar perlu sesebuah gerakan islam tempuhi. Sayang sekiranya rakyat tidak dapat terima PAS sebab fitnah demi demi fitnah yang dilemparkan didalam blog mahupun di media yang lain.

PAS perlu bekerja keras untuk menawan kembali kepercayaan rakyat dengan melakukan pelbagai program untuk masyarakat dan program juga untuk pimpinan dalam PAS sendiri. Sekarang bukan masa untuk buat seminar ataupun bercakaran sama sendiri. Sekarang ialah masa kita kembali bersatu hidupkan kembali suasana sebelum kita menang besar pada PRU-12. Banyakan ceramah disetiap tempat jangan biarkan diri dalam keadaan yang selesa. PAS perlu perkasakan Usrah lantik pemantau setiap tempat untuk mencatit perjalanan setiap usrah. Jangan ambil mudah perkara sebegini sebab dengan masalah kecil sebeginilah yang boleh memberikan kesan yang besar kepada PAS. Kelemahan sebegini mungkin dipandang sebelah mata inilah jadi kepada PAS sekarang. Tolong ambil serius kita buat kerja islam bukan buat kerja main-main.

Kepada Dewan Pemuda PAS Pusat jaga betul betul pemuda yang telah menyertai PAS jangan biarkan mereka dengan tidak ada program sebab mereka inilah kekuatan kepada PAS. Latih pemuda menjadi pemimpin supaya mereka inilah yang menjadi generasi harapan untuk memacu perjuangan PAS. Ingat sekarang kepercayaan pemuda terhadap PAS semakin kurang. Sekarang kita lupakan apa yang telah berlaku mulakan hidup baru dengan perbaiki masalah yang menimpa PAS. Pemuda sangat optimis dengan perjuangan PAS.

Harapanku untuk PAS agar kembali seperti zaman Allahyarham Dato Fadhil Nor. Aku harap agar semua ahli gerakan islam terutama pemuda bantulah PAS jangan menghentam PAS. PAS perlukan pemuda kerana pemuda ini punyai kelebihan. Jangan cepat menghukum seseorang sekiranya ada perkara yang kita tidak pasti. Marilah sama-sama kita kembalikan keizzahan Islam…

Islam Memimpin Perubahan…………..