Tuesday, August 23, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..


Salam Perjuangan..

MENJELANG HARI RAYA
Tinggal beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri dan akan meninggalkan bulan ramadhan. Saya yakin rata-rata umat islam dalam keadaan kesedihan untuk meninggalkan bulan ramadhan yg didalamnya ada keberkatan, kebaikan dan pengampunan.Bagi yang pertama kali berpuasa diperantauan akan merasakan perbezaan berpuasa dinegara orang. Mudah-mudahan pengalaman yang kita dapat ini menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Bagi yang berkesempatan berpuasa di bumi syria ianya sangat bermakna dan cukup berbeza di Malaysia.Mereka menghidupkan bulan-bulan ramadhan dengan mengadakan kuliah-kuliah agama, bertadarus al-quran, qiamulail dan lain-lain lagi. Tambahan pula diakhir bulan ramadhan ini mereka melipat gandakan amalan dengan mengadakan solat tahajudd di Masjid. Kesungguhan umat islam di syria dalam mencari satu malam yg penuh bermakna iaitu malam lailatul qadar membuatkan saya betul-betul teruja. Mudah-mudahan keaadan yang sama akan berlaku di Malaysia pada satu hari nanti InsyaALLAH..


RINDU NEGARA SENDIRI

Bagi yang menutut diluar negara saya yakin dan percaya mereka mesti merindui suasana berpuasa dan beraya di Malaysia yang tercinta.Suasana diMalaysia sangat dirindui bg yang menutut diluar tambahan pada bazar ramadhannya. Terdapat banyak makanan yang tidak ada dinegara orang seperti murtabak, roti john, air kelapa dan lain-lain lagi. Kerinduaan pada keluarga yang tersayang tidak dilupai.Sangat bermakna apabila dapat beraya disisi keluarga yang tersayang dengan pelukan manja mereka membuat eratnya kasih sayang kita bersama keluarga tercinta. Semoga keluarga kita dibawah rahmat ALLAH S.W.T. Budaya ziarah menziarahi sahabat dan sanak saudara juga adalah salah satu faktor menambahkan kerinduaan pada suasana Hari Raya Di Malaysia.

Bersama Abg Adham pada Hari Raya dua tahun lepas

Salam Perantauan dari Bumi Syam..


UCAPAN HARI RAYA

Menjadi Tradisi apabila syawal datang pelbagai ucapan hari raya untuk diucapkan kepada orang yang tersayang dan sahabat handai. Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya kepada keluarga yang berada dikampung Emak,Abah,Balong,Pikah,Nabil dan Alauddin semoga ramadhan kali ini sungguh bermakna bagi kita semua. Tidak lupa juga kepada sahabat saya diSMKDSO,KUIS dan DI MU'TAH dan juga kepada guru-guruku di SMKDSO dan ustaz-ustazku DI BUMI KUIS "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin". Semoga Antum semua tetap bersama ALLAH S.W.T.


Friday, July 8, 2011

PERUTUSAN DARI KETUA DEWAN ULAMAK (PAS)


SALAM PERJUANGAN...

8hb Julai 2011 - Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.

Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita , mereka adalah sebenarnya mad’u kita. Para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam.

Ianya ditegah di dalam Islam sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu kita tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku , maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi.

Apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan kita.
Bersabarlah kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. Itulah perjuangan para anbia’, sahabat dan ulamak sebelum daripada kita. Dewan Ulamak Pas Pusat juga turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia ini.

Kepada kakitangan keselamatan ! sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah InsyaAllah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini.

Ganjaran pahala pasti akan menunggu anda di hari akhirat nanti. Siiru ‘ala barokatillah ( Teruskan perjalanan perjuangan anda dengan keberkatan Allah)

Desakan Dari Parti Islam Semalaysia (PAS)



Salam Perjuangan...

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak kerajaan pimpinan UMNO-BN yang ada pada waktu ini agar tidak berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, kononnya mereka sahajalah yang bertindak di atas matlamat menjaga keharmonian dalam negara kita ini.

Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya.

Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini.

Tangkapan demi tangkapan yang terus menerus dilakukan ke atas penyokong himpunan Bersih yang memakai baju berwarna kuning menunjukkan kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu. Mereka semakin gelabah dengan kerosakan yang mereka lakukan terhadap negara, sehingga takut kepada bayang-bayang sendiri.

Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa ditahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini. Himpunan yang dibuat untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, disangka ianya himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi.

Perlulah diingat, sememangnya sudah sekian lama kami berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, bukan lagi suatu yang rahsia. Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya.

Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi. Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru.

Kita nak ingatkan Barisan Nasional, sebelum terlambat, sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan. Bebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng oleh mereka. Pulangkan hak memilih seadilnya kepada rakyat, dan PAS untuk menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Thursday, June 23, 2011

BAHANG BERSIH 2.0 MULAI TERASA UNTUK ANAK MUDA



Salam Perjuangan..

"Slogan Anak Muda Sayang Malaysia" dan "Anak Muda turun Bersih" sudah mula bermain dimedan FB. Ini menandakan kematangan dan kebangkitan anak muda dalam isu semasa dan keperihatinan anak muda kini yang cintakan negara untuk memelihara Malaysia tercinta daripada rosak binasa olh pihak yang tidak bertanggungjwab.

Anak Muda Berjiwa Besar


Pada masa sekarang kita tidak boleh pandang anak muda sebelah mata kerana mereka inilah yang akan menjadi genarasi yang akan memipin negara satu masa nanti. Kebangkitan anak muda dinegara tanah arab membuktikan keberanian mereka dalam menegakkan kebenaran. Anak muda kini semakin sudah berani bertindak bijak dan kebanyakan mereka ini adalah terpelajar..Lihatlah kekuatan anak muda di Mesir, Tunisia dapat menjatuhkan kerajaan zalim dalam demontrasi sahaja.

Usah Takut dan Gentar

Esok merupakan tarikh keramat untuk anak Muda menyertai perhimpunan BERSIH untuk menuntut keadilan dalam PRU 13 yang akan datang ini. Persiapan yang rapi perlu dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Persiapkan ruhiyyah, jasmaniyyah agar kepergiaan ke medan perang esok dalam keadaan diri yang diredhoi ALLAH S.W.T. Usah gentar dengan ancaman kerajaan yang pelbagai ugutan dengan ugutan tangkapan. Kita ada ALLAH S.W.T. kita tidak berseorangan dalam menegakkan kebenaran. Yakinlah selagi mana kita melaksanakan perkara yang baik selagi itu ALLAH akan sentiasa bersama kita menjaga kita.

Harapan Untuk Anak Muda.

Seluruh anak muda bangun dan tentang fitnah, kerana masa depan negara ini adalah berada ditangan kamu, yang zalim dan kotor fikirannya, adalah poltikus tua bangka, yang tak sedarkan diri, yang akan menemui ajal tidak beberapa hari lagi,bangunlah wahai anak-anak muda, lihat disekeliling kamu, mesir,tunisia,mereka berani, kamu juga mesti berani, Walaupun kerajaan ada duit, kuasa dan harta, tapi kita ada Rakyat dan Allah, Usah takut dan gentar..takbir Allahuakbar 3x..

Thursday, June 2, 2011

Saya Sayang PERMATA dan Inilah calon Pilihan saya


Menjelang kehangatan Pilihanraya Persatuan Mahasiswa Jordan (PERMATA)ramai yang masih berdebar-debar untuk menanti siapakah bakal menggantikan kepimpinan PERMATA akan datang. Mahasiswa Mu'tah saya kira sekarang tengah mencongak untuk memilih calon mereka yang selayaknya untuk memikul tanggungjawab.

Antara Calon Pilihan Saya:


1. PRESIDEN: NAZRI YASIN
2. TIMBALAN PRESIDEN: NORAZIAH BT MAD DESA

CALON AMT DAN ALT SISWA :

1) Muhammad Dawud Bin Ab. Rashid

2) Ahmad Kailani Bin Zahari

3) Fakhrul Hayyi Bin Mohamed

4) Hafizulfaiz Bin Mohd Puad

5) Shafiy Bin Zakaria

6) Almansalwi Bin Ridzuan

7) Muhamad Hanif Bin Ali

8) Bukhari Bin Safian

9) Ahmad Syukran Bin Baharuddin

CALON AMT DAN ALT SISWI:

1) Syafiqah Binti Salleh

2) Fathi Insyirah Binti Sabri

3) Syarifah Nor Fathiah Bt Syed Mustapha

4) Nurul Fathiyah Liyana Binti Osman

5) Nurul Aisyah Binti Yahya

6) Sharifah Nawwar Binti Syed Mustaffa

7) Karimah Bt Mohamad

8) Noor Hidayah Binti Adzman

9) Maryam Binti Che Yusof Shauk

Ini adalah calon pilihan saya..Jadi antum semua bagaimana??? Saya menyeru kepada semua untuk sama-sama turun mengundi untuk menyatakan rasa kasih dan cinta pada persatuan PERMATA..

Wednesday, June 1, 2011



Musim Pilihan Raya (PERMATA)..

Salam Perjuangan. Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita mengucapkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T kerana memberi kita nikmat islam,iman dan ihsan. Selawat dan salam buat nabi junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W dan para-para sahabt dan orang orang memperjuangakan agama ALLAH S.W.T.

Musim mengundi

Tempoh kepimpinan ustaz Hussin sudah hampir melabuhkan tirainya.Menanti kepimpinan seterusnya yang bakal memimpin PERMATA akan datang kearah yang lebih baik. PERMATA adalah satu persatuan yang memimpin mahasiswa Islam Malaysia Jordan dalam menghayati dan mengamali ilmu-ilmu agama dalam diri kalangan mahasiswa. Mahasiswa adalah agen penyebar kepada menyarakat diluar sana.Jadi setiap mahasiswa perlulah menampilkan ciri keperibadiaan yang diajarkan oleh islam.

Ciri-ciri Kepimpinan

PERMATA perlu dipimpin dalam kalangan orang-orang yang betul-betul berkobolehan dalam memimpin. Islam memberikan garis panduan dalam memilih pemimpin sebagaimana firman Allah S.W.T



Maksudnya:(iaitu) orang-orang yang jika Kami beri kedudukan dibumi, mereka melaksanakan salat, menunaikan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat ya makruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan.


Beberapa sifat yang diterangkan pada ayat diatas ialah:

1. Mendirikan sembahyang,denganganya berlakulah hubungan yang kuat diantara masyarakat Islam dengan Allah s.w.t

2. memberi zakat, dengannya diberi perhatian kepada masalah ekonomi dan pembahagian yang adil.

3. Mneyuruh yang ma'ruf, menyebarkan kebaikan dan melakukan islah didalam masyarakat.

4. Mencegah kemungkaran, memerangi segala bentuk kejahatan.,penyelewengan, kezaliman dan maksiat.

Nasihat

Kita sebagai mahasiswa Islam Jordan yang belajar dan faham ilmu agama disaat inilah untuk kita mempraktikan segala ilmu yang kita pelajari. Semoga ilmu yang kita pelajari tidaklah hanya teori semata-mata.Di iringi jugak doa, solat hajat kepada Allah agar segala apa yang kita lakukan mendapat keberkatan disisi Allah dan adalah keputusan yang terbaik untuk Seluruh Mahasiswa PERMATA..

Thursday, May 26, 2011

Zikr: Naqshbandi Haqqani



Marilah sama-sama kita bersihkan diri..Dekatkan diri dengan Allah..Semoga kita diletakan didalam dikalangan orang-orang yang soleh..

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi : Minta KUIN Jangan Bersikap KERAS




Kuantan, 26.5 : Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi hari ini mengeluarkan kenyataan meminta pentadbiran KUIN perlu mengkaji semula tindakan menggantung lima pelajarnya semalam.

Ustaz Nasrudin yang mengeluarkan kenyataan di laman Twitternya menggesa Kolej Universiti Insaniah mengadakan satu pertemuan dengan semua pihak bagi menjernihkan keadaan.



Nasrudin Hassan


Dalam kenyataannya juga, pihak kerajaan Pakatan Rakyat Kedah turut diminta untuk campur tangan dalam hal yang semakin mendapat perhatian seluruh negara itu.

“Saya harap Pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.”

“Saya juga merayu agar pihak Kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dgn pelajar.

“Tindakan itu tdk mendatangkan kebaikan kpd pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mrk.”

“Bertindaklah dgn hikmah dan lunak.”

“Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mrk. Mrk perlu didikan dan bimbingan bkn tindakan keras spt itu.”, tambahnya.

Semalam, lima daripada enam pelajar KUIN telah digantung pengajian selama satu semester dan dua semester manakala seorang lagi dikenakan bayaran denda sebanyak RM 100. - GZDaily