Thursday, June 25, 2009

Bengkel Takhrij Hadis




Salam perjuangan..

Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan rahmat dan kurnianya kita diberi nikmat untuk hidup bagi meneruskan perjuangan menegakkan islam..

Insya-Allah pada 1 julai 2009 hari rabu akan diadakan bengkel takhrij siri ke 5 anjuran jabatan al-Quran dan al-sunnah. Diwajibkan kepada semua pelajar diploma semester 5 Akademi Islam dan Sarjana Muda Syariah dengan undang-undang juga terbuka kepada pelajar lain yang ingin sertai terhad kepada 40 orang sahaja.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan cara takhrij hadis secara praktikal bagi membezakan antara hadis sahih dan hadis yang tidak sahih. selain itu, dapat menjelaskan kaedah mencari dan menentukan sumber sesuatu hadis, bagi menilai taraf dan kedudukannya dengan menggunakan sumber karya-karya takhrij.

Program ini sangat bermanfaat dan sangat berguna kepada mahasiswa/wi khususnya akademi islam dalam mengenali ilmu takhrij dan mengenal pasti taraf hadis.

akhir kalam, sama-samalah kita dekatkan diri dengan program ilmiah yang mana dilimpahi rahmat dan diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah

Tuesday, June 23, 2009

kehebatan pensyarah KUIS



BANGI, 10 Jun (Bernama) -- Mengikut catatan sejarah, tulisan Jawi wujud di Nusantara sejak abad ke-14. Pembangunannya dikaitkan dengan penyebaran Islam dari tanah Arab.

Di Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan Jawi sedikit demi sedikit kehilangan pengaruh berikutan perkembangan tulisan Rumi, isu memartabatkan tulisan Jawi mula diperkata.

Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi dilatari kewajipan mempelajari ilmu agama, yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun begitu, keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Justeru, sebarang usaha dalam mengetengahkan penggunaan tulisan Jawi tentunya berbaloi.

Baru-baru ini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melakar kejayaan dengan penghasilan permainan komputer berasaskan tulisan Jawi yang dinamakan 'My Jawi Games'.

Dicipta oleh pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Informasi KUIS, Noor Azli Mohamed Masrop, 37, permainan ini boleh dikategorikan sebagai satu aplikasi 'mobile learning' atau kaedah pembelajaran cara mudah alih.

Pada Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-20 (20th International Invention , Innovation and Technology Exhibition - ITEX 2009) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 15 hingga 17 Mei lepas, My Jawi Games memenangi Anugerah Pingat Emas.

Pameran itu melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi, pertubuhan, syarikat dan individu dari dalam dan luar negara.

CERITA RAKYAT

My Jawi Games direkabentuk berasaskan cerita rakyat Pahang iaitu 'Azimat Awang Miskin' dengan menggunakan platform animasi multimedia Adobe Flash sepenuhnya.

Cerita Azimat Awang Miskin mengisahkan seorang anak yatim piatu, Awang, yang merantau untuk menuntut ilmu. Dalam pengembaraannya, Awang perlu menghadapi pelbagai cabaran.

Melalui tujuh modul, pengguna dicabar dengan pelbagai aktiviti seperti mengutip dan mengira buah-buahan, mendaki bukit, menyeberang sungai yang penuh buaya, memasak dan menangkap ikan.

"Alhamdulillah, permainan ini dapat disiapkan dalam lebih kurang setahun," kata Noor Azli, yang telah berkhidmat di KUIS selama 13 tahun.

"Saya amat berterima kasih kepada KUIS kerana memberikan kerjasama dan bantuan, termasuk cuti bergaji penuh," tambahnya.

Projek ini juga mendapat sokongan daripada pelajar serta guru sekolah, yang memberikan maklum balas dan nasihat berkenaan pendekatan pembelajaran di sekolah.

Permainan ini telah diuji di beberapa buah sekolah di sekitar Bangi dan mendapat sambutan yang amat baik. Hasilnya, ada murid sekolah terlibat yang sebelum ini tidak cekap membaca tulisan Jawi kini dapat membacanya dengan lancar.

OBJEKTIF DAN SASARAN

My Jawi Games dihasilkan bertujuan memperkasa dan memartabat tulisan Jawi bermula di peringkat kanak-kanak.

Dengan menggabungkan pembelajaran tulisan Jawi bersama cerita rakyat, penghasilan My Jawi Games dilihat sebagai menyahut saranan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mahu menjadikan tulisan Jawi serta cerita rakyat sebagai warisan negara yang sentiasa diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, My Jawi Games memberi pendedahan kepada pengguna, iaitu kanak-kanak, kepada teknologi maklumat dan multimedia dengan cara yang menyeronokkan.

Idea untuk menghasilkan permainan ini bermula apabila bapa kepada lima anak ini sering mendengar kes pelajar ponteng sekolah dan mengunjungi pusat permainan video.

Bertolak dari rasa tanggungjawab yang menebal, Noor Azli berusaha mencari alternatif yang dapat membendung gejala tersebut.

"Lumrah kanak-kanak sukakan permainan yang menggembirakan, saya membina permainan Jawi yang sekali gus dapat memberi motivasi dan nilai-nilai murni kepada mereka," kata Noor Azli.

Menurut Noor Azli, projek ini dihasilkan bagi melengkapi sebahagian daripada kajian beliau di peringkat kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dijangka selesai pada tahun hadapan.

RANCANGAN MASA HADAPAN

Harapan Noor Azli, My Jawi Games dapat diterima ramai.

Anak kelahiran Selangor ini berkata, permainan ini belum dipatenkan lagi kerana masih dalam peringkat percubaan.

Beliau ingin terus menjalankan percubaan di mana-mana pusat pendidikan untuk memenuhi syarat permohonan paten bagi permainan ini.

Noor Azli, yang pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo pertandingan Kemahiran Asean, berhasrat menaik taraf dan mempelbagaikan lagi ciptaannya agar penggunaannya tidak terhad kepada peringkat awal pembelajaran (beginners) sahaja malah sesuai untuk semua peringkat umur.

Contohnya, pendekatan Jawi boleh digunakan dalam permainan komputer berunsur aksi lasak yang digemari oleh golongan remaja, katanya.

Melihat lebih jauh ke hadapan, Noor Azli juga mengimpikan untuk menerapkan penggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran matematik dan sains, sebagaimana ia boleh diajar dalam bahasa Inggeris pada masa ini.

Dalam semangat yang sama, jika tulisan Jawi dapat diangkat sebagai satu daripafa komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dinilai dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkemungkinan murid akan lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari Jawi, kata Noor Azli.

Menurutnya, pelbagai usaha penyelidikan melibatkan tulisan Jawi sememangnya telah dan sedang dijalankan di beberapa institusi pengajian tinggi; antaranya seperti penciptaan pemproses perkataan Jawi, penukar Rumi-Jawi, pengimbas Jawi, penukar laman web Rumi ke Jawi dan perisian pembelajaran Jawi.

My Jawi Games pula sebagai permainan komputer diharap akan menjadi permulaan kepada satu lagi sumbangan ke arah memartabatkan tulisan Jawi.

Rektor KUIS Datuk Adanan Isman turut mengakui kepentingan usaha membangunkan permainan Jawi ini.

"My Jawi Games merupakan satu penemuan inovasi yang baik. Dahulu, kita mendapat sumber bacaan Jawi daripada kitab-kitab, surat khabar serta makalah-makalah, tetapi (kini bahan-bahan ini) kurang mendapat sambutan," katanya kepada Bernama.

"Penemuan teknologi yang sangat menarik ini diharapkan dapat memberi suntikan baru kepada pembangunan tulisan Jawi.

"Pihak KUIS amat mengalu-alukan usaha sebegini.

Jika ada antara para pensyarah KUIS atau para pelajar yang ingin menghasilkan penemuan baru seperti ini, kami sedia memberi kerjasama dan bantuan kepada mereka," katanya.

-- BERNAMA

Monday, June 15, 2009

PERSATUAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH



LOGO PERSATUAN aL-QURAN DAN AS-SUNNAH

SALAM PERJUANGAN....

Buat persatuan Mahasiswa al-quran dan As-sunnah selamat maju jaya ana ucapkan. Ana harapkan agar antum semua menjadi Mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang satu hari nanti InsyaAllah.

Untuk pengetahuan antum semua persatuan al-quran as-sunnah ditubuhkan bukan bertujuan untuk buat program saja tapi merupakan wadah untuk kita menjaga islam dimuka bumi khususnya bumi kuis ini agar sentiasa mengikut ajaran islam yang sebenarnya. persatuan ini juga berperanan untuk menghidupkan biah solehah supaya bumi kuis ini diberkati Allah S.W.T.Harap antum semua paham apa sebenarnya matlamat dan tujuan kita tubuhkan persatuan ini. Jangan ingat persatuan ini untuk hiburan semata-mata.Sekiranya antum ingat tubuhkan persatuan ini hanya sekadar untuk berhibur, cari populariti ana harap antum muhasabah diri balik. Ingat kita umat islam yang ditaklif menjadi khalifah dimuka bumi ini.

untuk akhirnya ana harap kita persatuan mahasiswa al-quran dan as-sunnah sama-sama menegakkan islam dibumi kuis ini supaya menjadi bumi yang diberkati..InsyaAllah....

Thursday, June 11, 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD KEPADA SAIDINA ALI

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ! 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Dosa Mengumpat

salam perjuangan....

Dosa Mengumpat


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang
lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai
mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat
itu ialah apabila kamu menyebut perihal
saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau
menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut
nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat,
ia Disamakan seperti memakan daging saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging saudara
sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara
dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah
biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang
yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan,
maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah
daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih
berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah
akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat
tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun
oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu
Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan,
maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu
perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan
oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan
mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara
yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada
dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman
dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,
dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip
keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian
besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan
mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api
memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah
atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan
kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat
seorang terkejut besar apabila melihat catatan
amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai
Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan
(pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa
engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat
tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang
diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat,
kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir
supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.