Friday, August 21, 2009

Lupakah Kita Dengan Al-QUdS

Salam perjuangan……..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk kita merasai bulan ramadhan al Mubarak. Ana rasa bertuah kerana Allah masih sayang pada kita semua untuk kita sama-sama menegakkan kalimah La ila ha illah. Buktinya Allah beri peluang kepada kita untuk menikmati bulan ramadhan yang mana merupakan medan untuk pejuang-Nya sentiasa membersihkan hati daripada segala kekotoran.

Ramadhan sudah menjelang tapi kita lupa yang pada 22 ogos merupakan hari memperingati Al-quds. Mungkin kesibukkan untuk menyambut ramadhan kita lupa saudara seislam kita di Palestine. Ana cukup sedih kepada umat islam kini sudah semakin lama semakin pupus perasaan cintakan saudara seislam lain yang sekarang sedang menderita. Mentang-mentanglah peperangan di Palestine tidak begitu rancak seperti dahulu kita umat islam khususnya di Malaysia boleh lupa kepada saudara seislam dibumi yang mulia Palestine.
Sabda Rasulullah: “tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya lebih daripada dirinya”

Lupakah kita dengan hadis diatas. Muhasabah diri balik adakah kita ini sudah berkelayakkan untuk menerima ganjaran syurga oleh ALLAH sedangkan kita tidak ambil peduli saudara kita di luar sana? Dulu kita berkobar-kobar marah kepada Israel yang zalim terhadap rakyat Palestine tapi sekarang senyap sunyi seolah-olah dah selesai masalah di Palestine dan barang yang diboikot kini dijadikan barang harian untuk digunakan. Adakah kalian ini sudah lupa firman Allah:
” “Tidak akan sekali pun orang yahudi dan nasrani redho dengan engkau (Muhammad) sehingga engkau mengikut mereka

Orang yahudi dan nasrani akan sentiasa memikirkan bagaimana nak hapuskan orang islam tapi kita umat islam masih dilamun mimpi keseronokkan dunia. Sempena Ramadhan ini kita sama-sama berdoa agar ALLAH membantu umat islam diseluruh dunia khususnya dibumi Palestine agar mereka diteguhkan hati mereka apabila berhadapan dengan musuh..

Akhir sekali bersempena bulan ramadhan al-mubarak sama-samalah kita melipat gandakan amalan kita kerana pada bulan ini merupakan medan untuk kita mentarbiyyah diri kita agar sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T

Wednesday, August 19, 2009

Kelahiran sekularisme

Salam perjuangan..
Apabila berlakunya pertembungan antara paderi dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun islam dan bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya pemisahan politik daripada agama.
Dalam pertarungan itu, agama mengalami kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala, apabila roh agama langit (samawi) di matikan dalam urusan pemerintahan. Perkara ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama bagi kedudukan duniawi. Agama kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyayian dan muzik, makanan dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga berlakunya skandal yang tidak selesai dikawasan gereja sehingga kini.
Urusan cara hidup bermasyarakat terus hanyut dengan berbagai-bagai teori dan ideologi. Kepercayaan kepada gereja makin hilang dan gereja mulai kosong. Urusan perkahwinan yang selama ini, masih lagi wujud melalui gereja semakin dilupakan. Sementara itu, pergaulan bebas tidak terkawal dan kini, ada Negara yang meluluskan perkahwinan sejenis dan institusi keluarga yang berpandukan agama semakin lemah fungsinya.
Ahli saintis dan teknologi sudah berjaya mencapai kemajuan kebendaan. Mereka berjaya mencetuskan revolusi industri yang melahirkan pelbagai ciptaan baru bagi kemudahan perhubungan, pertahanan, pertanian, kesihatan dan lain-lain. Mereka juga berjaya mencipta senjata pemusnah yang menjadikan manusia lebih ganas daripada binatang buas, mencipta bahan-bahan yang menghilangkan akal yang mengatasi arak dengan ciptaan berbagai jenis dadah yang merosakkan manusia.
Allah berkata,
“ Telah zahir dengan nyata kemusnahan di darat dan dilaut, hasil usaha tangan-tangan manusia sendiri, agar dirasakan kepada mereka sebahagian daripda perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada kebenaran.
Surah ar-Rum ayat 4
Sesetengah pendapat cuba menipu dengan menegaskan sekularisme itu sebenarnya ilmu duniawi dan tidak bercanggah dengan islam. Hakikatnya, sejarah itu yang menghasilkan pemisahan agama daripada urusan dunia dengan menolak kuasa agama dalam mempengaruhi urusan kehidupan terutamanya dalam bidang politik, ekonomi, dan pendidikan. Teori sekular lahir daripada agama kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum taurat.