Wednesday, August 19, 2009

Kelahiran sekularisme

Salam perjuangan..
Apabila berlakunya pertembungan antara paderi dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun islam dan bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya pemisahan politik daripada agama.
Dalam pertarungan itu, agama mengalami kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala, apabila roh agama langit (samawi) di matikan dalam urusan pemerintahan. Perkara ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama bagi kedudukan duniawi. Agama kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyayian dan muzik, makanan dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga berlakunya skandal yang tidak selesai dikawasan gereja sehingga kini.
Urusan cara hidup bermasyarakat terus hanyut dengan berbagai-bagai teori dan ideologi. Kepercayaan kepada gereja makin hilang dan gereja mulai kosong. Urusan perkahwinan yang selama ini, masih lagi wujud melalui gereja semakin dilupakan. Sementara itu, pergaulan bebas tidak terkawal dan kini, ada Negara yang meluluskan perkahwinan sejenis dan institusi keluarga yang berpandukan agama semakin lemah fungsinya.
Ahli saintis dan teknologi sudah berjaya mencapai kemajuan kebendaan. Mereka berjaya mencetuskan revolusi industri yang melahirkan pelbagai ciptaan baru bagi kemudahan perhubungan, pertahanan, pertanian, kesihatan dan lain-lain. Mereka juga berjaya mencipta senjata pemusnah yang menjadikan manusia lebih ganas daripada binatang buas, mencipta bahan-bahan yang menghilangkan akal yang mengatasi arak dengan ciptaan berbagai jenis dadah yang merosakkan manusia.
Allah berkata,
“ Telah zahir dengan nyata kemusnahan di darat dan dilaut, hasil usaha tangan-tangan manusia sendiri, agar dirasakan kepada mereka sebahagian daripda perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada kebenaran.
Surah ar-Rum ayat 4
Sesetengah pendapat cuba menipu dengan menegaskan sekularisme itu sebenarnya ilmu duniawi dan tidak bercanggah dengan islam. Hakikatnya, sejarah itu yang menghasilkan pemisahan agama daripada urusan dunia dengan menolak kuasa agama dalam mempengaruhi urusan kehidupan terutamanya dalam bidang politik, ekonomi, dan pendidikan. Teori sekular lahir daripada agama kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum taurat.

No comments:

Post a Comment