Tuesday, October 20, 2009

Ahlan wa sahlan kepada Pelajar baru

Salam perjuangan…

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi peluang untuk hidup bagi meneruskan perjuangan dalam usaha menegakkan Islam. Pertama sekali saya ingin ucapkan selamat datang, ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum kepada semua pelajar baru bagi sesi oktober ini.

Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar baru kerana terpilih oleh ALLAH untuk meneruskan pengajian di bumi KUIS. Saya yakin dan percaya semua pelajar baru yang datang belajar ke KUIS ini mempunyai satu matlamat yang besar yang ingin dikecapi. Tetapi untuk mencapai matlamat tersebut kita kena lepasi pelbagai halangan dan cabaran yang perlu dihadapi.

Saya ingin berkongsi sedikit tentang cara-cara menghalang godaan syaitan.
Islam mengajarkan cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya syaitan.

1. Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun makanan itu halal. Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 31: " Makanlah dan minumlah tetapi janganlah kamu berlebihan".

2. Membaca al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan.

3. Tidak tergopoh-gapah dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Bergopoh-gapah (terburu-buru), itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".

Akhir kalam, renungilah ayat ini: " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya (sedar kembali)". -Surah al-'Araf:201.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita semua. INSYA-ALLAH

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment