Tuesday, January 26, 2010

MPM lama Vs MPM baru sapa yang tidak bermaruah???



SALAM PERJUANGAN….SALAM 1 AKIDAH….SALAM JIHAD……

Alhamdulillah syukur kita kepada ALLAH S.W.T kerana masih menyanyangi kita, masih beri kita nikmat iman,nikmat islam dan nikmat ehsan kepada kita yang mana nikmat ini tiada pada semua orang. Memang menjadi kewajipan kepada umat islam bersyukur kepada ALLAH S.W.T. atas segala pemberian-NYA kepada kita. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita nabi Muhammad S.A.W,serta ahli keluarga baginda, para sahabat,para tabien,dan para pejuang agama ALLAH.

19/1/2010 merupakan proses penamaan calon bagi kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Bagi masyarakat kampus sudah pasti beranggapan MPM sesi pemerintahan Nasrul Izad sudah dibubarkan. Tetapi anggapan tersebut serong sama sekali menyebabkan masyarakat kampus keliru dengan kejadian ini kerana sebelum ini sekiranya sudah dinaikkan memo penamaan calon secara tidak langsung MPM akan buat majlis pembubaran. Saya selaku mahasiswa KUIS sangat terkejut dengan situasi ini. Pelbagai persoalan yang timbul dalam pemikiran saya adakah MPM lama ini mahukan lagi jawatan tersebut??? Ataupun tidak sanggup hendak tinggalkan bilik MPM yang selama ini merupakan tempat mereka tidur dan bersembang-sembang ??? ataupun malu hendak letak jawatan dalam keadaan mereka yang tidak stabil?? Ataupun mereka ini tidak bermaruah???

Persoalan yang paling kritikal dalam fikiran saya ialah adakah mpm lama ini tidak ada maruah!!! Saya tidak marahkan mereka sekiranya mereka tidak faham apa itu MARUAH..tetapi pandai pula bila ada majlis selalu diberi peringatan kita kena jaga maruah MPM jgn bagi orang pandang serong. Mustahil saudara NASRUL IZAD tidak faham erti maruah. Maaf saya katakan MPM zaman pemerintahan nasrul Izad paling tidak bermaruah, tidak ada ciri kepimpinan,. Kenapa saya katakan begitu kerana saya seorang yang suka mengkaji dan menilai sesuatu tambahan lagi mengenai isu kepimpinan. Saya melihat program yang MPM seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk bahawa MPM juga ada program. Tetapi bagi saya semua program yang MPM buat tidak mencapai apa yang tertulis dalam kertas kerja kerana niat hendak buat program untuk menunjuk-nunjuk itu sebab tidak mencapai objektif tersebut. Saya mohon diperingkat kepimpinan Nasrul Izad buat kenyataan mohon maaf kepada seluruh Mahasiswa dan seterusnya memohon keampunan kepada ALLAH.

Sekiranya saya bertanya kepada nasrul izad permasalahan ini mesti jawapannya ialah kami dibaiah lambat! kami dibaiah lambat! Kami dibaiah lambat! Itu sahaja alasan yang boleh dia bagi tetapi itu alasan orang yang tidak ada maruah saja.

MPM lama sepatutnya sudah melabuhkan tirainya kerana MPM baru yang juga berwajah baru muncul untuk memimpin mahasiswa dengan membawa manifestonya iaitu islamisasi, idealisme dan perubahan. Saya merasakan ada perubahan yang baru dengan kepimpinan yang berwajah baru ini kerana mereka mempunyai ciri kepimpinan yang menepati ciri-ciri pemimpin yang saya kaji. Bukan saya ingin berat sebelah tetapi itulah hakikatnya.

Tahniah saya ucapkan kepada MPM baru ini walaupun menang tanpa bertanding tidak beerti mereka ini tidak ada maruah. Saya nampak usaha MPM yang baru ini berusaha untuk memperkenalkan kepada mahasiswa bahawa mereka ini bukan gilakan kuasa bahkan sebenarnya mereka mahukan pilihan raya kampus diadakan bagi pemilihan mereka diadili oleh mahasiswa sendiri. Mereka mahukan demokrasi kampus yang bersih diadakan seperti mana terpampang pada banner. Saya menyeru kepada MPM sesi 2009/2010 meneruskan usaha memimpin mahasiswa kearah yang lebih cemerlang,gemilang supaya melahirkan mahasiswa KUIS yang dapat memberi khidmat kepada ummah sekarang. Jadikan diri kamu semua contoh kepada orang lain. Jangan hiraukan apa sahaja provokasi dari pihak musuh yang cuba untuk runtuhkan semangat kamu semua.

TAHNIAH KAMI UCAPKAN………………………………………………..
TERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN……………………

1 comment:

  1. Saudaraku,

    Saya menulis sebagai satu pencerahan sahaja daripada sedikit pengalaman yang ditimba.

    Satu yang harus kita semua tahu dan faham apabila sahaja Memo PRK keluar itu bermakna MPMKUIS sesi itu sudah terbubar dengan sendirinya. Namun pengamalan biasa MPMKUIS akan buat Majlis Pembubarannya sendiri sebagai satu tanda yang jelas akan tamatnya kepemimpinan mereka.

    Walaubagaimanapun, kabinet itu masih boleh berfungsi dan perlembagaan menetapkan mereka sebagai 'kerajaan caretaker' sebagaimana pengamalan sekian banyak negara aliran demokrasi sehinggalah kabinet yang baru dimasyhurkan. Maka di situ 'kerajaan caretaker' sudah terbatal dgn sendirinya.

    Cuba mengimbau pengalaman pada PRK ke-9, saya diamanahkan sebagai Yang Di-Pertua sesi 2006/2007 sedang Yang Di-Pertua sesi 2005/2006 masih tidak membuat Majlis Pembubaran. Ia hanya dibuat setelah PRK dan setelah YDP baharu telah diputuskan.

    Saudaraku,

    Saya tidak menanggap itu sebagai satu yang tidak bermaruah. Saya juga tidak mendapat kunci pejabat YDP pada malam diangkat menjadi YDP dan barang2 YDP lama masih tersusun kemas dan banyak dalam pjbt itu. Saya tidak rasa pun YDP sebelum itu gila jawatan dan tidak mahu lepaskan pejabat itu.

    Beginilah, untuk melabel sampai begitu sekali saya kira ia luar dari adab dan akhlak kita. Saya puji keprihatinan dan kepekaan saudara terhadap kepemimpinan kampus. Kredit selayaknya buat saudara. Namun ingat ada beberapa pertimbangan perlu dicongak dan diteliti.

    Apa yang penting orang lama dan baru saling bahu menbahu demi kepentingan mahasiswa seluruhnya kerana kita punya tugas dakwah yang amat besar maka jangan kita lelahkan diri dengan semua yang meletihkan ini.

    Saudaraku,

    Perjalanan kita masih terlalu jauh

    ReplyDelete