Thursday, May 6, 2010

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru..




Salam Perjuangan..

Alhamdulillah Syukur kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk merasai nikmat Iman,Islam dan Ihsan..Selawat dan Salam buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat, para tabien,para tabi' tabin dan para pejuang islam.

Tahniah ana ucapkan kepada pelajar baru yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk menyambung pelajaran dibumi KUIS. Walaupun tidak menyangka akan menyambung di KUIS tapi ingatlah bahawa perancangan Allah sangat hebat dan banyak hikmah Allah bagi untuk kita.Kita perlu bersyukur sebagai seorang hamba yang taat.

Sudah pasti Niat antum semua ingin belajar betul-betul untuk dapat segulung diploma untuk gembirakan hati mak dan ayah selepas kecewa dengan keputusan sebelum ini. Teruskan niat murni antum sehingga tercapai apa yang antum inginkan. Cuma nasihat ana jangan hanya antum semangat masa baru masuk ke kuis je tapi perlulah konsisten hingga berjaya. Kutip ilmu dimana-mana saja ada bukan hanya di kuliah saja kutip juga ilmu di masjid dan diluar KUIS. Banyak ilmu yang boleh antum pelajari semasa berada di KUIS. Jangan mandomkan diri, elakkan bercouple,rajin ke masjid, ke perpustakaan dan hormati pensyarah.

Akhir kata, belajarlah betul-betul walaupun dimana saja kita berada. jangan berlagak pandai sehingga suka menghukum orang lain. Jauhkan sikap suka tunjuk menunjuk..sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment